Malaysia Web Hosting

TERKINI

Siaran langsung Piala Malaysia 2014
JDT Vs Kelantan (Astro Arena 801)
Pahang Vs JDT II (Astro Arena HD 802/TV1)

Coretan coretan

Diterbitkan pada 27 March 2013 | oleh Is Levis

0

Susahnya Nak Sahkan Sijil

Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak memohon kerja atau sebagainya dimestikan untuk membuat salinan sijil dan dokumen yang diperlukan. Apabila dah buat salinan, mesti nak kena sahkan sijil oleh pihak yang tertentu untuk mengesahkan yang sijil kita tu bukannya palsu.

Baru-baru ini aku dah dapat surat panggilan temuduga kerja. Alhamdulillah, itu pun lepas 2 tahun mencuba. Jadi untuk ke sesi temuduga tu, kenalah bersiap dari segi dokumen yang diperlukan. Yang malasnya terpaksalah cari org untuk sahkan sijil aku tu.

Yang pertama sekali yang terlintas di kepala aku adalah pengetua sekolah menengah berhampiran rumah aku. Tapi disebabkan hari tu (Khamis) keputusan SPM baru je keluar, aku jangkakan pejabat kat sekolah tu tentu sibuk dengan pelajar yang hendak mengambil keputusan SPM. Jadi aku tangguhkan dulu hasrat tu.

Disebabkan Jumaat dan Sabtu adalah hari bercuti di Kelantan, terpaksalah ditunda ke hari Ahad. Masih ada seminggu lagi sebelum temuduga kerja. Jadi pagi Ahad tu aku pergilah ke sekolah tu balik. Dalam pukul 11 pagi. Walaupun cuti sekolah, staff kat sekolah tetap bekerja.

Tapi yang buat aku naik angin apabila staf kat sekolah tu tak layan tetamu yang datang ke sekolah untuk berurusan! Terasa diri macam tiang kat pejabat tu. Sekurang-kurangnya tegurla. Tanya ada urusan apa ke, nak apa ke. Ni tak. Semua buat bodoh.

Ok… aku fikir positif. Mungkin sebab aku datang lewat dan mereka banyak kerja nak buat. Jadi aku balik dengan perasaan yang sedikit hampa dan akan datang balik keesokkan hari.

Tapi keadaan lagi teruk walaupun aku datang seawal pukul 9 pagi. Pintu pejabat tak dibuka. Aku cuba tanya staf kat dalam tu. Diorang bagitahu yang cikgu yang bertugas tak ada. Aku tanya balik cikgu tu memang tak ada ke atau datang lewat. Tapi diorang suruh tunggu la sekejab.

Disebabkan rumah aku yang tak berapa jauh dengan sekolah tu, aku buat keputusan balik ke rumah dan datang balik dalam 1 jam setengah. Tapi, semuanya tak berubah. Cikgu yang bertugas tak tahu lesap ke mana. Inilah yang aku kecewa dengan layanan yang diberikan pihak sekolah. Makan gaji buta ke apa?

Dengan perasaan yang marah, aku balik ke rumah. Memang dah putus angin dah untuk berususan dengan sekolah tu. Keesokkan harinya barulah boleh buat pengesahan sijil dan dokumen aku tu. Bukan dibuat di sekolah, tapi berjumpa dengan orang yang mempunyai kuasa dalam hal ini.

Ok.. settle. Lega.

Label: , , , , , , ,


Tentang Aku

Secara ringkasnya aku adalah seorang lelaki yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berbintang Taurus dan masih bujang. Aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni dari tahun 2006. Sekadar untuk suka-suka, bertukar pendapat dan membaca pendapat orang lain.


Tinggalkan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 75 = 81

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Back to Top ↑


UA-40303126-1