Malaysia Web Hosting

TERKINI

Keputusan penuh Liga Super – Sabtu, 29 Mac 2014
Sime Darby 3 – 2 ATM
Terengganu 1 – 1 Kelantan
Pahang 2 – 0 Perak
Selangor 2 – 2 PKNS FC
JDT 1 – 1 Sarawak
Lions XII 1 – 1 T-Team

Petua petua

Diterbitkan pada 13 April 2011 | oleh Is Levis

2

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak

Rasanya nak masuk 3 minggu aku batuk-batuk. Paling kronik 2 minggu pertama la sampai rasa nak pecah dada bila terbatuk.

Macam-macam jenis ubat dah aku cuba. Tapi hasilnya macam tu jugak. Batuk berkahak. Selagi kahak tak dikeluarkan, selagi tu la tekak ni rasa tak selesa. Tapi macam mana nak hilangkan batuk dan kahak ni?

Bila difikirkan balik tak salah kita nak cuba petua orang dulu-dulu. Atas kesedaran nak cepat-cepat sembuh, aku Google la petua nak hilangkan batuk ni.

Ini adalah hasil carian yang aku cari kat internet. Semoga bermanfaat untuk semua. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Hehehehe

Petua hilangkan batuk dan kahak
► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.
► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.
► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Itu adalah antara petua yang aku cari kat internet untuk dikongsi bersama. Kalau ada cara lain apa kata kongsikan di ruangan komen.

Kalau batuk makin teruk, pergilah ke hospital. Takut kena tibi lak. Bahaya tu.

Label: , , , , , ,


Tentang Aku

Secara ringkasnya aku adalah seorang lelaki yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berbintang Taurus dan masih bujang. Aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni dari tahun 2006. Sekadar untuk suka-suka, bertukar pendapat dan membaca pendapat orang lain.


2 Komen untuk Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak

  1. Wan mengulas:

    Tip nak hilangkan batuk dan kahak dlm tempoh 24 jam serta merta –

    1- Beli Mucosolvan® Productive Cough One-A-Day Capsules harga (dijual kat Watson, Guardian, pasaraya besar) – http://www.mucosolvan.com/product_range/one_a_day_capsules.html

    2 – Vitamin C 1000mg + Zinc Effervescent Tablets (sebagai antibodi) – http://www.kordels.com.my/product_info_901003-100024.htm

Tinggalkan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 2 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Back to Top ↑


UA-40303126-1